Sahabat-sahabatku..

Thursday, November 18, 2010

PEWARIS HATI QARUN..


Bila harta yang hilang keberkatan sedikitnya tidak cukup, banyaknya tidak puas terasa miskin dalam kekayaan..

Begitulah manusia .. jika inginkan kekayaan sejati kurangkanlah keinginan terhadap dunia dan manusia lain...bukan meningkatkan keperluan dan keinginan kepada keduanya..

Pernah aku temui orang kaya yang memiliki harta berjuta. segala-galanya bagai berada di hujung jari. kereta, rumah, hartanah dan wang simpanannya berjuta. tetapi alangkah sedih, dia begitu miskin di sudut jiwanya... tidak kurang juga orang yang biasa-biasa pun berlumba-lumba mencari dunia, apa sahaja yang dilihat ada kelebihan pada orang lain mula perasaan hasad dan sakit hati juga ingin memilikinya apa yang orang lain ada.... Keinginan pada dunia sentiasa meluap-luap. ingin itu, ingin ini. selepas satu, satu pula keinginannya..

Jiwa sentiasa resah. dia umpama meneguk air laut, semakin banyak diminum semakin haus...
Pantang ada kereta model terbaru..dia resah. pantang lihat pasaran emas turun ...terburu-buru pergi membeli...ada sahaja sale tidak mahu ketinggalan....resah dan gelisah dengan keinginan dunia..

Lihatlah perangcangan kewangan musim yang lalu.. Betapa kekadang berlaku sesuatu diluar dugaan. Di sangka cukup, tiba-tiba mengurang. Dijangka sempit, tiba-tiba lapang..tidak salah merancang dibatas tadbir tetapi segal-galanya terlaksana dialas taqdir...terkadang merasa rezki datang tanpa disangka-sangka semua dek kerana keberkatan yang Allah limpahkan..

Oleh sebab itu, pasakkan ke dalam hati selalu Allah itulah Ar-Razzak - Maha Pemberi Rezeki yang mampu memberi melalui jalan-jalan misteri. Jalan yang tidak mampu dijangkau oleh akal terbatas, justeru upaya-NYA yang Maha Luas..

Jangan jadi seperti Qarun yang menganggap kekayaan diri kerana kepandaiannya. Ya, kau yang memerah keringat. Ya, kau yang penat berfikir. Tetapi dengan tenaga siapa kau berusha??

Tangan, kaki, bahu, dan segala pancainderamu itu milik siapa? Kau bukan pemiliknya. Kau hanya peminjam. Begitu juga dengan akal, hati dan perasaan yang kau gunakan untuk berfikir, merasa, dan bertindak.......... milik siapa segalanya??
Bukankah segala-galanya milik ALLAH!?

Kesederhanaan itu selalu menyelamatkan. Ingat selalu pesan al-Quran, tangan jangan selalu dibukakan tetapi jangan selalu digenggamkan. titik tengah antara boros dan bakhil, itulah PEMURAH....

Jika wang boleh menyuburkan kasih sayang, hulurkanlah. Jangan lokek memeriahkan persaudaraan. Tetapi ingat...bukan wang itu yang mempertautkan persaudaraan tetapi hati yang jujur. Kejujuran mampu membeli kasih sayang lebih daripada jumlah wang yang aku miliki. Aku tidak ingin menjadi pewaris hati Qarun!


Monday, July 5, 2010

ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU


1. IKHLAS NIAT – Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketika menuntut ilmu ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yang sementara kerana Rasulullah S.A.W pernah memberi amaran yang mana Allah akan menyediakan tempat di dalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk kesenangan dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam dan ummatnya. Memang agak susah untuk ikhlas di dalam belajar tetapi kita mesti terus berusaha ke arahnya. Kita yang berada dalam sistem sekular yang mementingkan material menyebabkan kita terlupa bahawa ilmu yang dipelajari bukan untuk mendapatkan tempat dan kedudukan serta kerja tetapi adalah untuk menjauhkan kita daripada kejahilan yang mana dengan ini mampu menjadi perisai diri di dalam melawan arus kesesatan dan seterusnya membawa perubahan kepada keislaman. Jadikanlah diri kita sebagaimana padi yang mana semakin semakin berisi semakin tunduk ke bumi kerana rendah diri. Jangan jadi sebagaimana lalang yang tinggi semakin mendongak ke langit kerana sombong. Ingatlah bahawa orang yang benar ikhlas dalam menuntut ilmu sahaja yang mampu memiliki sifat terpuji termasuk merendah diri. Maksud firman Allah dalam ayat 235 surah al-Baqarah :………Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang tersemat dalam hatimu maka takutlah kepadaNya dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ingatlah bahawa setiap orang akan binasa melainkan orang yang berilmu, setiap orang yang berilmu akan binasa melainkan orang yang beramal dan setiap orang yang beramal akan binasa melainkan orang yang benar-benar ikhlas.

2. TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL – Sentiasa bersungguh-sungguh dalam pembelajaran tanpa menurut keadaan dan masa dengan menghindari perasaan malas dan mudah jemu dengan buku pengajian. Ini dapat diatasi dengan membaca nota atau buku-buku yang kecil dan ringan atau mendengar kaset ceramah agama yang berbahasa Melayu dan sebaiknya berbahasa Arab.Perkara ini mampu melembut hati kita kerana sesiapa yang menjauhi nasihat ataupun tazkirah diri ditakuti Allah akan mengeraskan hatinya sebagaimana firman Allah dalam ayat 5 surah as-Sof yang bermaksud : Dan ingatlah ketika mana nabi Musa berkata kepada kaumnya :”Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakitiku sedangkan kamu mengetahui bahawa aku ini adalah utusan Allah kepadamu?”. Maka tatkala mereka buat endah tak endah sahaja lalu Allah memalingkan hati mereka dan Allah tidak memberi petunjuk kerpada kaum yang fasik. Ayat ini walaupun menceritakan umat nabi Musa tetapi peringatannya terus kekal hingga sekarang untuk kita sama-sama ambil iktibar dan pengajaran daripadanya. Kita juga hendaklah mewujudkan suasana sekeliling terutama di rumah dengan budaya ilmu bukannya budaya yang dipenuhi dengan cara mewah dan kesenangan serta hiburan yang boleh menghilangkan perasaan semangat untuk menambah ilmu dan pengetahuan.Kita hendaklah mencontohi ulama’-ulama’ silam yang mana mereka belajar dalam keadaan susah tetapi tekun yang mana mereka sentiasa berada dalam suasana belajar bukannya mewah dan penuh kesenangan yang menyebabkan hilangnya perasaan bersungguh untuk belajar.Disamping itu kita mestilah bertawakkal kepada Allah agar kejayaan diimpikan akan menjadi milik kita.Tawakkal yang dilakukan mestilah mencukupi syaratnya iaitu berusaha, tekun, yakin, tidak mudah putus asa dan menyerah natijah ataupun keputusan kepada Allah sepenuh hati.


3. MENJAUHI MAKSIAT – Kita mestilah menghidupkan budaya amar ma’ruf dan nahi munkar dalam diri dan suasana sekeliling mengikut kemampuan yang ada. Sesungguhnya ilmu itu adalah nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri kita sentiasa disaluti dengan najis-najis dosa. Cubalah sedaya yang mungkin di dalam menghindari kehendak nafsu kita dengan menutup segala jalan menuju ke arahnya.Jangan sekali-kali kita membuka jalan kepada maksiat untuk bertapak di hati kita. Jangan terlalu mengambil mudah dan endah tak endah sahaja terhadap perkara maksiat ini yang mana ia boleh menjerumuskan kita kepada maksiat yang lebih besar lagi. Di zaman sekarang ramai orang memandang maksiat yang kecil seperti maksiat mata, mulut, telinga, tangan(internet ataupun tulisan) serta pergaulan antara lelaki dan perempuan yang halal berkahwin hanya suatu perkara yang biasa dan dirasakan ia bukannnya maksiat dan mereka hanya menganggap hanya dosa besar seperti berzina, mencuri, memukul orang dan lain-lain lagi sahaja sebagai maksiat. Dosa yang kecil jika dibuat berterusan akan menjadi dosa besar.

4. MEMILIH TEMAN YANG SOLEH – Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan dan cubalah hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain di dalam rumah kita sendiri samada berbentuk rasmi seperti diskusi kitab atau melalui perbincangan yang tidak rasmi setiap hari.Loqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan keberkatan kita turut sama memperolehinya. Disamping itu apabila kita sentiasa bersama orang soleh akan menasihati kita ke arah kebaikan serta menegur kita apabila berlakunya kesilapan dan kesalahan. Ini kan mematangkan lagi diri kita disamping menambahkan lagi semangat kita dalam belajar. Ini bukan bermakna kita diminta menjauhi mereka yang tidak soleh sebaliknya kita diminta berdakwah kepada mereka setakat kemampuan yang ada dan jangan pula kita yang terpengaruh dengan cara hidup mereka. Ingatlah firman Allah dalam surah Al-Zukhruf ayat 67 yang bermaksud :Teman-teman yang rapat pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh kepada sebahagian yang lain kecuali mereka yang bertaqwa. Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada kita melalui hadis yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi dan Abu Daud : Seseorang itu mengikut agama sahabat temannya. Maka hendaklah seseorang itu memerhati siapakah yang dijadikan teman.

5. BANYAKKAN ZIKRULLAH – Pastikan kita sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid serta doa selepas solat walaupun ringkas kerana ulama’ sufi begitu menitik beratkan perkara wirid ini kerana ia boleh menghidupkan hati yang mati dan ia juga boleh mendatangkan perasaan ingin memusabahkan diri dengan amalan seharian. Tanpa wirid yang ma’thur selepas solat boleh menyebabkan perasaan zikrullah agak berkurangan dan ia boleh mendatangkan perasaan memudahkan segala kewajipan yang telah diperintahkan oleh Rabbul ‘Izzati. Jangan ajar diri kita melengah-lengahkan solat lima waktu kerana ia akhirnya mampu membawa diri kita ke arah mengabaikan solat. Bacalah Al-Quran sekurang-kurangnya sehelai setiap hari kerana ia merupakan ibu segala ubat. Hidupkan amalan-amalan sunat dalam setiap gerak kerja kita seharian kerana hidup yang sentiasa dihiasi dengannya akan sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah dan makhluk-Nya.

6. MENJAGA KEHORMATAN- Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain. Tutup segala ke’aiban diri dan orang lain kerana ia membawa kepada keredhaan Allah dan manusia lain kepada diri kita.Hanya orang yang mana kehidupannya dicucuri dengan keredhaan dan rahmat Allah sahaja yang mampu merasakan kebahagian di dalam kehidupan seharian. Manakala mereka yang jauh daripada rahmat Allah, hidup mereka dipenuhi dengan perkara yang kurang baik dan derita. Jangan sekali-kali menyakiti hati orang lain kerana doa orang yang dizalimi adalah lebih bahaya daripada panah malam.Firman Allah dalam ayat 12 surah Al-Hujurat yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan perasaan prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain dan janganlah pula sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah salah seorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?. Maka sudah tentu kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.

7. DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA- Kita hendaklah sentiasa menjaga perasaan kedua ibubapa kita dan menghormati mereka dalam perkara yang tidak menyalahi syariat Islam. Sentiasa berhubung dengan mereka dan mengambil berat tentang keadaan keduanya serta mendoakan kebahagian mereka di dunia dan akhirat. Kita juga hendaklah sentiasa meminta agar mereka meredhai kita dan mendoakan kejayaan kita. Ingatlah bahawa keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibubapa terhadap kita. Firman Allah dalam ayat 23 hingga 24 surah al-Isra’ yang bermaksud : Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu tidak menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada keduanya ataupun kedua-duanya telah lanjut usia mereka dalam jagaan kamu, maka jangan sekali-kali kamu mengherdik kepada keduanya dengan perkataan “uf” dan janganlah kamu menghertak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucaplah : ” Wahai Tuhanku! kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidikku semasa kecil”.

8. MENGHORMATI GURU- Kita juga wajib menghormati guru dan mematuhi segala arahannya selagi mana tidak menyalahi kehendak Islam. Kita mesti patuh kepadanya walaupun fikrah atau pendapat kita berbeza. Kita pernah mendengar bagaimana imam As-Syafi’e walaupun berijtihad bahawa qunut di dalam solat Subuh sunat ab’adh(kena sujud sahwi jika tidak melakukannya) tetapi dia tidak melakukannya apabila mendirikan solat itu berhampiran maqam gurunya imam Malik kerana menghormati gurunya. Bagaimana dengan kita? Sesungguhnya ulama’ silam begitu menitik beratkan masalah keberkatan ilmu, sedangkan kita hari ini tidak lagi mengendahkan perkara ini. Ini menyebabkan timbulnya pelbagai masalah terutama keruntuhan akhlak di kalangan remaja.Guru janganlah dianggap sebagai guru di sekolah, universiti atau di tempat pengajian sahaja tetapi kita mestilah menganggap bahawa dia pengajar dan secara langsung sebagai pendidik yang mesti dihormati walaupun di mana berada.Cubalah kita fikir dan renungi bersama tentang dua keadaan berbeza antara pelajar dulu dan sekarang mengenai pandangan dan penghormatan mereka terhadap guru. Tanpa ada keserasian dan kasih sayang yang wujud antara guru dan pelajar tidak memungkinkan berlakunya ketenteraman dalam kehidupan seharian.Oleh itu marilah kita sama-sama membina kembali keutuhan dan mahabbah antara guru dan pelajar agar ia mampu menyinarkan kembali suasana harmoni serta menghindari perkara negatif dalam kehidupan.

9. BERAMAL DENGAN SEGALA ILMU YANG DIPEROLEHI – Kita mengamalkan segala ilmu yang dipelajari setakat mana yang termampu oleh kita. Ulama’ silam sentiasa mengingatkan kita bahawa orang yang berilmu dan tidak beramal dengan ilmunya akan dihumban ke dalam api neraka lebih dahulu daripada penyembah berhala. Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai benteng daripada terjerumus ke kancah maksiat dan jadikanlah juga ia sebagai senjata di dalam mematahkan serangan musuh Islam serta jadikankanlah ia sebagai ubat yang mujarab di dalam menyembuhkan penyakit jahil dan batil di dalam masyarakat. Jangan jadikan ia sebagai barangan jualan untuk mengejar kekayaan dunia yang sementara. Berapa ramaikah yang telah dihinakan oleh Allah kerana melacurkan ilmu semata-mata untuk mengaut kemewahan dunia.Inilah merupakan antara sebab atau punca yang menyebabkan umat Islam terus mundur.Berapa ramaikah mereka yang belajar tentang al-Quran dan Hadis tetapi mereka dilaknat oleh keduanya kerana tidak merealisasikan segala apa yang dipelajari.Oleh itu kita mestilah beringat dan berhati-hati mengenai perkara ini demi kebahagian kita di dunia yang sementara dan akhirat yang kekal selamanya. Begitu mudah untuk memberi nasihat dan tazkirah tetapi begitu sukar untuk mengota dan merealisasikannya dalam kehidupan. Tanpa usaha yang bersungguh- sungguh, kita tidak mampu melaksanakannya.Samalah kita sama-sama menghayati firman Allah dalam ayat 2 hingga 3 surah as-Sof yang bermaksud :Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak kotakan? Amat besar kebencian Allah di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kotakan.

Wednesday, June 30, 2010

Syariat, Tarikat, Hakikat & Makrifat Part 3


Setelah seseorang mempelajari syariat, serta mengamalkan hukum syariat bersungguh-sungguh dalam setiap aspek kehidupan ( atau dalam erti kata lain dia telah bersyariat dan bertarikat ). Maka Allah akan campakkan ke dalam dirinya rasa kehambaan dan rasa kesyukuran ke dalam dirinya.Mereka rasa lazat dalam beribadah dan merasa azab dalam melakukan dosa dan kemungkaran

Firman Allah : Hanyasanya orang mukin yang sebenar itu, apabila disebut sahaja nama Allah, gementarlah hati-hati mereka dan apabila dibacakan ayat-ayat Quran, bertambahlah keimanan mereka dan hanya kepada Tuhan mereka (Allah) sahajalah mereka menyerah diri.” Al Anfal : 2.

Inilah yang dinamakan HAKIKAT.
Hakikat ialah gerak rasa hati yang Allah campakkan ke dalam hati hambanya yang bersungguh-sungguh bersyariat dan mengamalkan syariat ( bertarikat ). Allah akan hapuskan sifat mazmumah (sifat hati yang terkeji) dalam hatinya dan Allah gantikan dengan sifat mahmudah (sifat hati yang terpuji ). Hakikat ini bukan ilmu yang boleh dipelajari, tetapi ianya anugerah Allah ke atas hamba NYA yang bersungguh-sungguh mempelajari, memahami, meyakini ilmu syariat secara ilmiah.serta melaksanakan hukum-hakam NYA (bersyariat dan bertarikat).

Bersesuaian dengan firman Allah : “Orang-orang yang bermujahadah pada jalan KAMI, KAMI tunjukkan jalan KAMI, Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang baik” Al Ankabut : 69.

Maka akan lahirlah manusia yang hatinya terpaut kecintaan kepada Allah. Manusia yang apabila disebut nama Allah, maka akan gementarlah seluruh jasad dan rohaninya. Akan lahirlah manusia yang memenuhi tuntutan konsep ibadah secara global yang mampu melaksanakan konsep ibadah menurut Islam yang merangkumi ibadah Asas, ibadah fadailul a’mal ( yang terkandung didalamnya amalan fardhu kifayah ) dan ibadah yang umum. Akan lahirlah manusia yang cantik dan anggun akhlaknya sebagaimana memenuhi tuntutan perutusan Rasul ke mukabumi untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.

Ingin diulangi bahawa hakikat adalah perasaan rasa hati yang telah Allah campakkan kepada hamba NYA yang berusaha gigih untuk mendekatkan diri kepada NYA.Allah hapuskan sifat mazmumah dan Allah gantikan dengan sifat mahmudah. Maka lahirlah dan hiduplah manusia itu dengan keadaan yang tenang dan berkhlak mulia, Inilah buah kepada pengamalan syariat. Inilah buah kepada iman & dan ibadah kepada Allah. Akhlak terpuji seperti sabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak”.

Dalam ertikata lain, hakikat adalah buah dari syariat dan tarikat. Atau lebih tepat, hakikat adalah buah kepada pengabdian diri kepada Allah. Allah hapuskan sifat mazmumah dalam dirinya dan Allah gantikan dengan sifat mahmudah. Agar seseorang itu merindui saat beribadah bersama Allah. Dalam erti kata lain, hakikat adalah buah kepada ibadah. Hakikat adalah hasil seseorang beribadah kepada Allah dengan kesungguhan hati. Ianya adalah anugerah Allah SWT. Maka akan lahir rasa takut kepada Allah, rasa tawakal dengan Allah, rasa harap kepada Allah, dan setiap amal perbuatan, perkataan dan gerak hati mereka sentiasa di pautkan kepada Allah. Setiap kejadian dan penciptaan alam dihubungkaitkan dengan kekuasaan dan keagungan Allah bagi menambah keimanan kepada Allah. Setiap kejadian musibah dan bala juga dihubungkaitkan dengan kekuasaan Allah dan kelemahan manusia sebagai makhluk bagi menyuburkan sifat sabar dan redha kepada Allah. Setiap kejadian nikmat dihubungkaitkan juga dengan kekuasaan Allah dan kelemahan manusia sebagai makhluk bagi menyuburkan rasa kesyukuran dan kehambaan. Disinilah tahap keimanan seseorang telah terserlah. Dia bukan sahaja mengenal Allah dengan akal fikiran melalui ilmu tauhid, tetapi juga secara keyakinan hati. Inilah yang diistilahkan sebagai makrifat.
Makrifat ialah keyakinan yang memperkuatkan keimanan kepada Allah setelah menempuh syariat dan tarikat, serta mencapai rasa hakikat. Orang yang memiliki makrifat inilah yang dinyatakan sebagai orang yang mengenal Allah dengan mata hati, ainul yakin. Orang yang sebeginilah yang diisyaratkan sebagai memiliki sifat yang disebut dalam Al Quran :

Al Anfal : Ayat 2-3 :Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka (karenanya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal. (yaitu) orang-orang yang mendirikan shalat dan yang menafkahkan sebagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka.

Apabila seseorang telah menempuh syariat dan beramal dengan ilmu syariat ( bertarikat ) serta diberi hakikat, maka lahirlah sifat makrifat. Sifat makrifat kepada Allah Taala yang akan memancarkan berbagai perasaan yang baik dan dasar semangat untuk menuju ke arah perbaikan. Makrifat ini dapat pula mendidik hati untuk senantiasa menyelidiki dan meneliti mana yang salah dan tercela, malah dapat menumbuhkan kemauan untuk mencari keluhuran, kemuliaan dan ketinggian budi dan akhlak dan sebaliknya juga menyuruh seseorang supaya menghindarkan dirinya dari amal perbuatan yang hina, rendah dan tidak berharga sedikit pun.

Orang yang telah mencapai tingkatan makrifat , Allah ilhamkan jalan yang mampu membawanya ke arah kecemerlangan agar dia dapat menempuhnya dengan mudah. Dia juga akan Allah ilhamkan kepadanya jalan yang membawa kemusnahan agar dapat dia hindari sebagaimana firman Allah :

“Maka Allah ilhamkan kepada jiwa itu, jalan kefasiqan dan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang –orang yang mensucikan jiwa (nafsu) nya itu . Dan sesungguhnya merugilah ( celakalah ) orang yang mengotorinya.” As Syams : 8 - 10..

Orang yang mendapat hakikat dan makrifat, dia akan merasa dirinya sebagai hamba Allah yang hina. Tidak akan terlafaz dari lidahnya bahawa dialah yang paling bertaqwa. Tidak akan terlafaz dari perbuatannya tanda-tanda riak. Tidak terlintas di hatinya bahawa dialah yang paling kuat iman dikalangan manusia dan yang paling banyak amal ibadah dia antara makhluk Allah yang hidup di dunia. Seandainya ada di kalangan manusia yang memuji akan keupayaannya beribadah kepada Allah SWT, pujian itu dianggap suatu ancaman yang bakal merosakkan hubungan antara dia dan Allah. Dia akan segera menghentikan puji-pujian tersebut demi menjaga hatinya dengan Allah. Inilah sifat orang yang benar-benar memiliki hakikat dan makrifat. Seandainya dia merasa senang dan selesa dengan pujian tersebut , serta tidak menghentikannnya, nyatalah apa yang alami bukanlah hakikat mahupun makrifat, sebaliknya adalah tipu daya syaitan dan nafsu dalam amalannya.
Hancur dan binasalah amalan itu kerana ujub. Orang yang telah beroleh hakikat dan makrifat, tidak sama sekali menceritakan keseronokan bersama Allah kerana ianya adalah rahsia antra orang yang merasa kasih sayang Allah. Ianya juga disebabkan orang yang "sedang asyik bercinta" tidak ada masa untuk menceritakan rasa cinta yang dirasai kepada orang lain. Inilah cara membezakan sama ada seseorang yang pada zahirnya cantik akhlaknya, benar-benar telah memiliki hakikat dan makrifat, atau sebenarnya sedang berlakon memiliki hakikat dan makrifat. Atau dalam istilah lain, sedang ujub, atau istilah melayunya syok sendiri. Malanglah bagi mereka yang telah menempuh syariat dan tarikat, tetapi merasa ujub dan menyangka diri telah mencapai hakikat dan makrifat. Tertipu dalam beribadah.

Mudah-mudahan penerangan ilmiah ini akan mendorong kita untuk terus mempertingkatkan amalan kita ke arah ketaqwaan.

Tuesday, June 8, 2010

Syariat, Tarikat, Hakikat & Makrifat Part 2


Bagi mereka yang berusaha bersungguh-sungguh mengamalkan dan melaksanakan hukum syariat, inilah yang dinamakan TARIKAT atau disebut dalam bahasa arab ialah TAREKAH. Tarikat dari segi bahasa ialah jalan. Ingin diulang lagi agar lebih jelas. Apabila seseorang telah mempelajari, memahami dan meyakini ilmu syariat, lalu dia meLAKSANAKAN atau BERAMAL dengan ilmu syariat tersebut, maka itulah yang diertikan dengan TARIKAT. Melaksanakan atau beramal dengan syariat. Oleh itu apabila seseorang menjalankan atau melaksanakan hokum syariat dengan bersungguh-sungguh, setiap suruhan Allah sama ada yang wajib dan yang sunat dilaksanakan sungguh-sungguh. Setiap larangan Allah sama ada yang haram atau yang makruh ditinggalkan sungguh-sungguh. Maka mereka telah dikatakan telah BERTARIKAT.

Contohnya ; Abu telah ke madrasah dan mempelajari cara sembahyang. Dia telah mempelajari rukun sembahyang, syarat wajib sembahyang, perkara yang sunat dilakukan dalam sembahyang, syarat sah sembahyang dan perkara-perkara yang membatalkan sembahyang. Setelah dia mempelajarai dan memahami ilmu tersebut, dia pun beramal dengan ilmunya untuk menunaikan sembahyang. Maka Abu telah dikatakan telah berTARIKAT di bidang sembahyang.

Tarikat pada erti kata yang pertama ini hukumnya adalah WAJIB. Inilah jalan yang dilalui oleh Rasulullah SAW dan para sahabat serta tabiin dan orang dizaman salafussoleh. Jalan inilah juga yang patut kita lalui, iaitu jalan yang menjadikan kita melaksanakan segala perintah yang disuruh Allah dan meninggalkan perintah yang dilarang oleh Allah. Inilah perkara yang wajib kita lakukan sebagai makhluk yang dicipta Allah dan mahu menjadi hamba kepada Allah Yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa.

Adapun Tarikat dari istilah yang kedua, ialah apabila seseorang menyusun ayat-ayat Al Quran tertentu, zikir-zikir tertentu, salawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan diamalkan secara berjadual dalam kehidupan sehari-harian. Tarikat yang diertikan disini hokum asalnya hanyalah SUNAT. Dari sinilah lahir jemaah-jemaah zikir atau dipanggil orang sebagai jemaah tarikat. Antara jemaah zikir atau jemaah tarekat yang kita sering dengar ialah Tarikat Ahmadiah, Tarikat Naqsyabandiah, Tarikat Samaniah, Tarikat Syazaliah, Tarikat Kadiriah, Aurad Muhammadiah dan lain-lain lagi. Jadi termasuk jugalah di dalam kategori ini ialah pengamalan Al Ma'thurat. Tujuan mereka menghimpun dan beramal adalah untuk mendidik diri untuk berdisiplin dalam beramal dengan ketiga-tiga juzuk ilmu Islam iaitu Tauhid, Feqah & Tasauf

Secara tak langsung memberi kekuatan jiwa tambahan untuk beramal dengan hukum syariat secara keseluruhan, dalam kehidupan sehari-hari. Sama ada dalam diri, dalam keluarga, dalam masyarakat hingga ke peringkat negara. Sebab itu jika disingkap lembaran sejarah, tunggak perjuangan sesuatu gerakan Islam adalah disokong oleh jemaah zikir atau tarekat. Sultan Muhammad Al Fateh, sultan yang berjaya menawan Kota Konstantinopel dan pengasas Kekhalifahan Osmaniah adalah ahli zikir ( ahli tarikat ) , Begitu juga As Syahid Omar Mokhtar pejuang terakhir Gerakan Sanusi yang merupakan benteng pertahanan terakhir khalifah Osmaniah adalah pengamal Tarekat As Sanussiah. Imam Bonjol di Aceh yang menentang penjajahn Belanda adalah ahli tarekat Naqsyabandiah. Mat Kilau dan datok Bahaman yang berguru dengan Tokku Paloh adalah pengamal tarekat Naqsyabandiah. Malah As Syahid Hassan Al Banna dari Ikhwan Muslimin adalah ahli tarekat aliran Al Ma’thurat.

Tidak lupa disebut Almarhum Tok Kenali yang berguru dengan Sheikh Ahmad Al Fathani dari aliran Tarekat Syattariah dan Al Marhum Tokku Paloh dari aliran Tarekat Naqsyabandiah. Tokku Paloh yang melindungi Mat Kilau dan Datok Bahaman sewaktu diburu British. Tokku Paloh yang melarikan kedua-dua anak muridnya dan disembunyikan di Hulu Besut. Mereka ini bukan sekadar menyumbang di dalam perjuangan Islam menentang penjajah, malah mereka juga membangunkan pendidikan Islam serta menghasilkan kitab-kitab ilmu Tauhid, Feqah dan Tasauf yang menjadi sumber rujukan kepada umat Islam di nusantara. Antaranya ialah :

a. Sheikh Daud bin Abdullah Al Fathani menghasilkan kitab Dhiyaul Murid fi Bayani Kalimatit Tauhid yang membicarakan ilmu tauhid dari aliran tarekat Syatariah.
b. Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani yang menulis kitab Risalah Tauhid dan Hidayatus Salikin Fisuluki Maslakil Muttaqin kitab ilmu Tauhid dan Tasauf; adalah dari aliran tarekat Samaniah.
c. Sheikh Ahmad Al Fathani yang menulis kitab Faridatul Faraid yang juga kitab ilmu tauhid yang memperjelaskan aqidah ahlus sunnah wal jamaah, adalah ahli tarekat
d. Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari Pengarang Sabilal Muhtadin

Malangnya, kita dizaman moden ini, telah dijauhkan dengan istilah tarekat oleh orientalis. Apatah lagi wujud fahaman Islam yang menyeleweng. Kononnya mereka adalah pejuang kemerdekaan. Sebaliknya sejarah telah JELAS membuktikan fahaman tersebut lahir untuk membantu negara kuffar menjatuhkan empayar Osmaniah yang merupakan sistem kekhalifahan Islam terakhir serta menghalang segala usaha gerakan-gerakan Islam yang cuba membangunkan semula system khalifah Islam. Fahaman inilah yang sering memomok-momokkan umat Islam, bahawa jemaah tarekat adalah bidaah dan menyesatkan, kerana disebalik amalan zikir yang membawa ketenangan hati, disitulah lahirnya rasa kehambaan dan cinta kepada Allah Yang Maha Agung. Maka terciptalah manusia-manusia yang cintakan syahid dan merindui pertemuan dengan Allah Yang Amat Dicintai, yang mampu berjuang dan berkorban demi keagungan Islam terserlah kembali. Inilah yang amat ditakuti oleh fahaman terseleweng tersebut kerana akan hilang imbuhan menjadi boneka negara kuffar.

Tidak kurang juga, orang yang belajar sedikit-sedikit tentang ilmu tarikat, dan sedar kelebihan ilmu tarikat ini. Mereka mengambil kesempatan dengan memperbodohkan para pengikutnya yang sedia jahil. Bab dan persoalan ilmu syariat yang menjadi asas kepada perlaksanaan dan pengamalan Fardhu Ain dia abaikan dalam mendidik murid dan pengikutnya, agar dia boleh terus mempunyai para pengikut yang taksub buta yang jahil tentang syariat. Ini bagi memudahkan dia mempunyai kuasa dan menghimpunkan kepentingan duniawi termasuk mengaku dirinya wali Allah yang dijanjikan. Seandainya para pengikutnya arif dibidang agama khususnya ilmu asas Fardhu Ain, pastinya dia akan kehilangan pengikut. Jadi dia akan berusaha untuk menjauhkan para pengikutnya dari ilmu asas Fardhu Ain, sebaliknya dia sibuk menceritakan hal-hal kerohanian ciptaannya yang kononnya diterima dari Rasulullah dan secara langsung dari Allah. Manusia-manusia durjana sebeginilah yang mendatangkan fitnah ke atas jemaah tarikat yang haq.

Ingin ditegaskan sekali lagi bahawa antara kedua pengertian tarikat yang dibentang tadi, antara keduanya, pengerian yang pertama ( mengamalkan syariat secara keseluruhan ) adalah WAJIB, sementara tarikat dari pengertian kedua ( himpunan ayat Al Quran tertentu, zikir-zikir tertentu, selawat dan diamalkan secara berjadual dalam kehisupan harian) adalah SUNAT. Antara hukum yang WAJIB dan hokum yang SUNAT, tuntutan hukum yang WAJIB adalah lebih utama. Jangan sampai kerana hendak bertarikat dengan pengertian kedua yang kedudukannya SUNAT, lantas kita mengabaikan tarikat dalam pengertian yang pertama yang kedudukannya WAJIB. Kiasannya, perlaksanaan hokum yang wajib adalah KERJA FULLTIME, sementara pengamalan hokum yang sunat adalah OVER-TIME. Kalau kerja FULL-TIME tak dibuat, layakkah pekerja buat tuntutan kerja OVER-TIME ? Pastinya tidak layak, malah pekerja tersebut layak untuk diambil tindakan tatatertib. Kerana pengabaian untuk beramal dengan syariat menurut pengertian pertama tadilah maka munculnya fitnah ke atas jemaah-jemaah tarikat yang menurut pengertian kedua. Tetapi ingin ditegaskan juga, seandainya tarekat dari pengertian pertama dan dari pengertian kedua itu dilaksanakan atau diGABUNGkan, maka akan lahirlah manusia yang ingin sentiasa bertaqarrub kepada Allah. Akan lahirlah manusia yang akan menunaikan titah perintah Allah, dalam dirinya, keluarganya, masyarakatnya dan seterusnya di dalam ummahnya

Saturday, May 29, 2010

Syariat, Tarikat, Hakikat & Makrifat Part 1



Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya: "Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya" ( Surah Al Baqarah :30)

Diciptakan manusia oleh Allah dimukabumi bukanlah hanya untuk bersenang-lenang mengecapi tipu daya dunia, tetapi Allah telah datangkan manusia ini di muka bumi sebagai khalifah NYA untuk mentadbir dunia ini agar mematuhi hukum-hakam dan peraturan yang telah Allah tetapkan. Allah sahaja yang layak menentukan peraturan bagi setiap ciptaan NYA. Ibarat sebuah televisyen jenama SONY, adalah mustahil manual pengguna dari jenama SAMSUNG digunapakai oleh pengguna untuk mengoperasikan peralatan tersebut. Begitu jugalah dunia dan alam ini, ianya ciptaan Allah, maka Allah sahajalah yang selayak menentukan peraturan yang wajib dipatuhi oleh makhluk ciptaan NYA. Peraturan selain dari apa yang Allah telah tetapkan adalah peraturan yang tidak mampu menyelesaikan permasalahan hidup manusia. Manusia kini kerana keegoan, mereka menilai sesuatu bukan menggunakan neraca hukum-hakam yang telah Allah sediakan, sebaliknya mereka menggunakan rasa naluri keseronokan nafsu ke atas duniawi sebagai kayu pengukur kebenaran dan kebatilan. Sebab itu tidak hairan di dunia kini, kita dapat saksikan dengan mata kepala kita sendiri, apabila hukum-hakam Allah diketepikan, dan peraturan ciptaan akal fikiran manusia yang lemah digunapakai, maka lahirlah kerosakan di lautan dan didaratan oleh hasil tangan manusia itu sendiri.Segala-galanya ialah kerana mereka tidak mahu menghukum dengan hukum-hakam yang telah Allah tetapkan. Hukum-hakam inilah diertikan dengan syariat.

Syariat ialah hukum hakam Allah atau peraturan-peraturan yang telah Allah tetapkan melalui firman NYA di dalam Al Quran dan disampaikan oleh Sunnah Rasulullah SAW.

Untuk lebih mudah difahami dan diamalkan oleh umat yang terkemudian, syariat yang menjadi peraturan atau hukum hakam Allah yang terkandung didalam Al Quran & Sunnah Rasulullah SAW , telah diterjemahkan oleh ulamak Imam mazhab yang empat dan diberi contoh dengan qias. Adapun hukum syariat itu terbahagi kepada lima. Setiap tindak tanduk, amal perbuatan dan percakapan dalam kehidupan sehari-harian kita tidak terlepas dari 5 hukum syariat ini. Kelima-lima hukum dalam syariat itu adalah seperti berikut :

1. Wajib = dibuat dapat pahala, ditinggalkan berdosa, kedudukannya MESTI buat
2. Sunat = dibuat dapat pahala, ditinggalkan tak mengapa . kedudukannya ELOK buat
3. Haram = dibuat berdosa, ditinggalkan dapat pahala, kedudukannya MESTI tinggal
4. Makruh = ditinggalkan dapat pahala, dibuat tak mengapa, kedudukannya ELOK tinggalkan
5. Harus = dibuat atau ditinggalkan dosa tak dapat, pahala pun tak dapat, kedudukannya terpulang pada diri sendiri tempoh 5 syarat ibadah , beroleh pahala. Lima syarat tersebut ialah :

a) Niat mesti betul
b) Perlaksanaan mesti selaras dengan syariat
c) Natijah mesti betul tidak bertentangan syariat
d) Perkara yang dibuat dan dilaksanakan dibenarkan oleh syariat
e) Tidak meninggalkan ibadah yang asas

Apabila Syariat menyuluh/ mengatur hal ehwal keyakinan dan keimanan, dinamakan Usuluddin / Tauhid. Apabila Syariat menyuluh hal ehwal lahiriah, peraturan yang zahir, dinamakan Feqah. Dan apabila Syariat menyuluh / mengatur hal ehwal hati , sifat-sifat hati, dinamakan Tasauf/Akhlak

Inilah yang disebutkan di dalam Hadis Rasulullah SAW berkenaan Iman, Islam dan Ihsan.

Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata : Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ? Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana. Sipemuda : Benar katamu. ( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya ) Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ? Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya. Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ? Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau. Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?. Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya. Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ? Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi. ( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) : Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ? Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui. Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu. (
Sahih Bukhari )

Maka sebagai khalifah Allah yang telah diamanahkan untuk melaksanakan hukum-hakam Allah dimukabumi, tanngungjawab ke arah perlaksanaan hukum syariat tersebut hendaklah dilaksanakan. Perlaksanaan hokum syariat dari perkara yang remeh temeh seperti qadha hajat hinggalah ke aspek kehidupan yang lain seperti membangunkan institusi kekeluargaan, pendidikan, ekonomi dan kenegaraan. Perlaksanaan hukum syariat ini adalah WAJIB bagi setiap muslim. Barangsiapa yang tidak menghukum dengan hukum-hakam atau peraturan yang telah Allah tetapkan, maka akan jatuh ke atas mereka salah satu dari tiga hukum iaitu FASIQ, ZALIM atau KAFIR wal iyazubillahi min zalik

Maka kesimpulannya, SYARIAT lah yang menjadi kayu ukuran dan piawai untuk menilai sejauh mana benar sesuatu amalan, sejauh mana kebenaran sesuatu keprcayaan, sejauhmana kebenaran sesuatu amal perbuatan, perkataan dan sebagainya. Inilah neraca yang perlu digunakan oleh umat Islam dalam menempuh kehidupan di dunia menuju ke negara akhirat yang kekal abadi. Syariat inilah yang menjadi titik tolak dalam kita mengatur setiap langkah-langkah menyelusuri perjalanan ke arah mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Jika Syariat diabaikan, walau pun kita mengaku pandai, kita mengaku hamba Allah, walau kita mengaku pejuang Islam, walau kita mengaku ahli tarikat, mengaku ahli hakikat dan ahli makrifat, mengaku waliyullah dan sebagainya, pengakuan kita hanyalah sia-sia. Tiada nilai disisi Allah SWT

Thursday, April 8, 2010

MARI SAMA-SAMA TAMBAH ILMU..

8

Perbahasan Alhamdulillah

&

HURAIAN MUQADDIMAH SAFINATUN NAJAH

SIRI 2

PERBAHASAN PERTAMA : PENGERTIAN ALHAMDULILLAH

Dari segi bahasa : Ialah memuji dengan perkataan atas jalan membesarkan kerana keelokkan yang dibangsakan kepada pilihan hambaNya.

Dari segi syara’ : Ialah perbuatan yang menunjukkan dengan membesarkan bagi yang memberi nikmat dengan sebab keadaanNya yang memberi nikmat ke atas hamba yang memuji atau selain hambaNya. Dan demikian perbuatan yang memuji itu sama ada memuji dengan hati atau lidah atau dengan anggota.

a) Adapun perbuatan memuji dengan hati itu ialah : Bahawa ia yakin di dalam hati keadaan Allah SWT itu bersifat dengan sifat yang elok.

b) Adapun perbuatan memuji dengan lidah itu ialah : Bahawa ia menyebut Allah SWT dengan lafaz-lafaz menunjukkan atas sifat-sifat keelokkan Allah.

c) Adapun perbuatan memuji dengan anggota itu ialah : Bahawa ia melaksanakan dengan perbuatan yang menunjukkan diatas membesarkan Allah SWT.

PERBAHASAN KEDUA : HUKUM ALHAMDULILLAH

Hukum Alhamdulillah ada 4 :-

1) Wajib seperti membaca Alhamdulillah didalam Al-Fatihah ketika solat dan membaca Alhamdulillah pada permulaan khutbah Jumaat.

2) Haram seperti membaca Alhamdulillah berasa gembira ketika melakukan maksiat.

3) Sunnah seperti membaca Alhamdulillah pada permulaan khutbah nikah dan pada permulaan doa dan penutupnya, selepas makan dan minum, pada permulaan mengarang kitab dan permulaan mengajar dan belajar.

4) Makruh seperti membaca Alhamdulillah pada tempat yang kotor contohnya tempat qodho’ hajat dan di tempat sembelih dan tempat buang najis binatang.

PERBAHASAN KETIGA : RUKUN ALHAMDULILLAH

Rukun Alhamdulillah ada 5 :-

1) Al-Hamid iaitu orang yang memuji.

2) Al-Mahmud iaitu yang dipuji.

3) Al-Mahmuudu bih iaitu perkara yang dipuji.

4) Al-Mahmuudu A’laih iaitu perkara yang dipuji atasnya.

5) Sighoh iaitu lafaz .

PERBAHASAN KEEMPAT : BAHAGIAN PUJI

Bahagian pujian itu ada 4 :-

1) Pujian Allah atas dirinya sendiri.

2) Pujian Allah atas hambanya seperti Allah memuji para Nabi dan para Wali.

3) Pujian hamba kepada Allah seperti hambanya memuji dengan perkataan Alhamdulillah.

4) Pujian hamba kepada hamba.

PERBAHASAN KELIMA : NABI-NABI YANG MENGUCAPKAN ALHAMDULILLAH

Abul Laith As-Samarkandi berkata;

“Puji syukur itu ibadat orang-orang dahulu hingga yang terakhir, ibadat para Malaikat, ibadat para Nabi-nabi, ibadat semua penduduk bumi, dan ibadat ahli syurga adapun ibadat para Nabi-nabi.

maka Nabi Adam AS ketika bersin mengucap ALHAMDULILLAH.

juga Nabi Nuh ketika ia di selamatkan bersama orang –orang mu’min dari bahaya yang menimpa kaumnya ia di perintah membaca AL-HAMDULILLAH ALLADZI NAJJANA MINAL QAUMIDZDHOLIMIN (Surah Al-Mu’minun 28) .“

Nabi Ibrahim AS juga membaca AL-HAMDULILLAH ALLADZI WAHABALI ALAL KIBARI ISMA’ILA WA ISHAQO INNA ROBBI LASAMII’UDDU’AA (Surah Ibrahim 39)

Juga Nabi Daud AS dan Nabi Sulaiman AS membaca AL-HAMDULILLAH ALLADZI FADHOLANA ALA KASIRIM MIN IBADIHIL MU’MININ maksudnya : Segala puji bagi Allah yang melebihkan kami daripada kebanyakan dari hamba-hamba-nya yang mu’min (Surah An-namel 15)

PERBAHASAN KEENAM : ORANG –ORANG SYURGA MEMUJI ALLAH DI ENAM TEPAT

1- Ketika mereka dipisahkan dari golongan orang-orang yang derhaka maka mereka mambaca AL-HAMDULILLAH ALLADZI NAJJANA MINAL QAUMIDZHOLIMN maksudnya: Segala Puji bagi Allah yang menyelamatkan kami dari kaum yang derhaka.

2- Ketika telah menyeberang Shirot (titian jambatan) maka mereka mambaca AL-HAMDULILLAH ALLADZI ADZ HABA ANNALHAZANA INNA ROBBANA LAGHOFURUN SYAKUR Maksudnya : Segala Puji bagi Allah yang telah menyingkirkan kami,sungguh Tuhan kami Maha Pengampun lagi Terpuji.

3- Setelah mandi dengan air hidup (ma’ul hayat) dan mereka melihat ke Syurga mereka membaca AL-HAMDULILLAH ALLADZI HADANA LIHAZA WAMA KUNNA LINAHTADIYA LAULA AN HADANALLAH maksudnya : Segala Puji bagi Allah yang memberi hidayat kepada kami untuk mencapai ini dan kami pun tidak akan mendapatkan ini sekiranya tidak diberi hidayat oleh Allah.

4- Ketika telah masuk Syurga maka mereka membaca AL-HAMDULILLAH ALLADZI SODAQONAL WA’DU WA AURATSANAL ARDHO maksudya : Segala Puji bagi Allah yang telah menepati janji –Nya kepada kami dan telah mewariskan kepada kami bumi.

5- Ketika mereka telah di tempat masing-masing maka mereka membaca AL-HAMDULILLAH ALLADZI ADZ HABA ANNALHAZANA INNA ROBBANA LAGHOFURUN SYAKUUR, ALLADZI AHALLANA DAARAL MUQAMATI MIN FADHLIHI Maksudnya : Segala Puji bagi Allah yang menyingkirkan dari kami kesusahan, sungguh Tuhan kami Maha Pengampun lagi Terpuji. Yang menempatkan kami di tempat tinggal kekal, semata-mata dari Kurnia-Nya (Surah Fathir :34-35).

6- Ketika selesai makan mereka membaca ALHAMDU LILLAHI RABBIL AALAMIN.

PERBAHASAN KETUJUH : KELEBIHAN BERZIKIR DENGAN ALHAMDULILLAH

Kalimah ALHAMDULILLAH adalah merupakan kalimah yang paling disukai dan diredhoi oleh Allah SWT sebagaimana yang dinyatakan oleh Ali bin Abi Tholib r.a :

Maksudnya :”Daripada Ibnu ‘Abbas r.a katanya: Berkata Umar r.a sesungguhnya kami telah mengetahui kelebihan SUBHANALLAH dan LA ILAHA ILLALLAH, maka apakah dia kelebihan ALHAMDULILLAH? Ali r.a menjawab : Kalimah yang paling disukai Allah untuk diriNya dan kalimah yang diredhoi Allah untuk diriNya.”

1) Kelebihan berdzikir dengan ALHAMDULILLAH adalah sangat besar sehingga memenuhi timbangan amalan.

Daripada Abi Malik Al-Asy’aari katanya, Rasulullah SAW bersabda : “Suci itu separuh daripada iman dan ALHAMDULILLAH itu pahalanya memenuhi timbangan SUBHANALLAH dan ALHAMDULILLAH pahala keduanya memenuhi ruangan diantara langit dan bumi.”

2) Doa yang paling baik ialah doa yang dimulakan dengan kalimah ALHAMDULILLAH.

Daripada Jabir bin Abdullah r.a katanya, bersabda Nabi SAW “ Sebaik-baik dzikir ialah LA ILAHA ILLALLAH dan sebaik-baik doa yang dimulai dengan ALHAMDULILLAH

3) Memuji Allah membaca ALHAMDULILLAH ketika mendapatkan sesuatu yang menyenangkan.

Disunatkan bagi orang yang mendapat suatu nikmat atau terhindar dari bahaya hendaklah melakukan sujud syukur kepada Allah SWT dan mengucapkan puji kepada Allah SWT.

Tentang masalah ini banyak sekali ditemukan nas berupa hadis dan atsar.

Dari Amr bin Maimun yang menceritakan tentang tebunuhnya Umar bin Khattab r.a yang bermaksud:

“Sesungguhnya Umar bin Khattab r.a mengutus anaknya yang bernama Abdullah untuk menemui Aisyah r.a guna minta izin agar dapat ia berkubur bersama sahabatnya (Yakni Nabi SAW dan Abu Bakar r.a).

Manakala Abdullah tiba kembali kepadanya, ia bertanya: “Apakah hasilnya?”

Abdullah menjawab: “Apa yang kau ingatkan, wahai Amirul Mukminin, dapat disetujui Aisyah.”

Umar menjawwab : “ALHAMDULILLAH (segala puji bagi Allah)tidak ada sesuatu yang lebih penting bagiku daripada kesediaannya itu”

( Riwayat Bukhari)

4) Memuji Allah dengan memakai pakaian baru.

Doanya seperti berikut..

Alhamdulillah hilldzi kasana haza..” maksudnya segala pujian bagi Allah yang telah memberikan pakaian pada kami.

5) Nabi SAW bersabda:

Jika makanan itu mengandungi 4 perkara maka sempurnalah makanan tersebut.

(1) Jika makanan itu halal (2) Jika di makan di sebut nama Allah (3) Jika banyak orang yang memakannya (4) Jika selesai membaca ALHAMDULILLAH

6) Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasululllah SAW bersabda:

Dua kalimah yang ringan pada lidah, berat dalam timbangan dan dicintai oleh Allah iaitu: SUBHANALLAH WA BI HAMDIH SUBHANALLAH HIL A’DZIM.

7) Di dalam sebuah hadis ada diberitakan bahawa pernah sekali baginda SAW pergi ke suatu tempat didalam perjalanan itu baginda SAW melihat Abu Hurairah r.a yang sedang menanam satu pokok lalu Rasulullah SAW bertanya kepadanya,

“Apakah yang engkau perbuat?”

Jawabnya “ Aku menanam pokok”

Lalu Rasulullah SAW bersabda “Ku khabarkan kepadamu tentang sebaik-baik pohon yang ditanam iaitu dengan membaca, yang mana satu pohon dari kalimah-kalimah ini iaitu : SUBHANALLAH WAL HAMDULILLAH WA LAA ILAHA ILLAALLAH WAL ALLAHU AKBAR. Maka akan tertanamlah satu pohon bagi pembacanya didalam syurga.

8) Siapa yang diberi oleh Allah 4 sifat maka bererti ia telah diberi sesuatu yang lebih baik daripada apa yang diberikan Allah kepada keluarga Nabi Daud daripada dunia itu:

a) Takut kepada Allah dalam keadaan sembunyi atau terang.

b) Hemat dalam kekayaan dan kemiskinan.

c) Adil di waktu marah atau redha.

d) Memuji Allah di dalam keadaan senang dan susah.

9) Rasulullah SAW bersabda: “Tiada Allah memberikan nikmat pada hamba. Baik kecil atau besar kemudian orang itu membaca ALHAMDULILLAH (memuji Allah) melainkan ia telah diberi sesuatu yang lebih besar dari apa yang telah diterima itu (yakni ucapan Alhamdulillah itu bagi Allah lebih besar daripada nikmat yang diberikan kepada orang itu)

10) Seorang Ulama Tabiin’ berkata;

“Siapa merasa menerima nikmat hendak ia banyak membaca ALHAMDULILLAH dan siapa banyak risau hendaklah banyak membaca ISTIGHFAR dan siapa merasa tertekan oleh kemiskinan maka hendaklah banyak membaca LA HAU LAAWALA QUWWATA ILLA BILLAHIL A’LIYYIL A’ZIM.”

11) Sa’id bin Jubair berkata;

“Orang pertama yang masuk ke dalam Syurga ialah orang yang selalu mengucap ALHAMDULILLAH dalam keadaan senang atau susah.”

12) Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda “Barangsiapa mengucapkan SUBHANALLAH WAL HAMDULILLAH WA LAILAHAILLAH WAL ALLAHU AKBAR WA LA HAW LA WALA QUWWATA ILLAH BILLAH HIL A’LIYYIL ADZIM.. Dengan ikhlas di dalam hatinya maka Allah berfirman “Hambaku telah menjadi orang yang taat dan dia telah menyerahkan dirinya kepadaKu.”

13) Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda “SUBHANALLAH WAL HAMDULILLAH WA LAILAHAILLAH WAL ALLAHU AKBAR ia akan mengugurkan dosa-dosa sebagaimana daun-daun gugur daripada pokok.”

14) Dari Abdullah ibnu Umar r.anhuma meriwayatkan aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Barangsiapa yang membaca SUBHANALLAH WAL HAMDULILLAH WA LAILAHAILLAH WAL ALLAHU AKBAR akan dituliskan baginya setiap huruf dengan sepuluh ganjaran.”

15) Dari abu Tolhah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : barangsiapa mengucapkan LAILHAILLALLH,dia akan memasuki Syurga atau Syurga wajib baginya .dan barangsiapa mengucapkan SUBHANALLAHI WABIHAMDIHI Seratus kali maka 124.00 kebaikan akan ditulis baginya . Para Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah jika demikian maka pada hari kiamat tiada seorang dari kami yang akan binasa kerana kebaikan akan melebihi dosa-dosa?” Nabi SAW menjawab “(Sebahagian manusia akan tetap binasa) Mereka akan datang dengan membawa begitu banyak kebaikan yang jikalau kebaikan-kebaikan ini di letakan di atas sebuah gunung nescaya ia akan hancur tetapi apabila dibandingkan dengan nikmat-nikmat Allah semua kebaikan itu akan habis kemudian akan diberi pertolongan oleh Allah bagi mereka yang dikehendaki semata-mata dengan Rahmatnya.”

16) Rasulullah SAW bersabda

Empat perkara barangsiapa diberinya maka sesungguhnya ia telah diberi keuntungan dunia dan akhirat : (1) Lidah yang selalu zikir (2) Hati yang selalu syukur (3) Badan yang selalu sabar (4) Isteri yang mu’minah lagi solihah

17) Abul Laits As-Samarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Anas bin Malik ra berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Sesunggunya Allah suka kepada hamba jika makan atau minum lalu mengucapkan ALHAMDULILLAH.”

18) Abul Laits As-Samarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Asma’ binti Yazid berkata: Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Apabila Allah mengumpulkan makhluk yang pertma hingga yang akhir maka datang penyeru berseru dengan suara yang dapat didengar oleh semua makhluk : “Kini akan diketahui oleh semua makhluk siapakah yang patut mendapat kehormatan pada hari ini?” .Seruan pertama “Bangunlah orang-orang yang selalu merenggangkan pinggangnya dari tempat tidur !.” Maka bangunlah mereka dan jumlah mereka adalah sedikit, kemudian seruan kedua : “Bangunlah orang-orang yang tidak dapat dilalaikan oleh dagangan (jual-beli ) untuk dzikir kepada Allah!” Maka bangunlah mereka dan jumlah mereka adalah sedikit .kemudian seruan ketiga : “Bangunlah mereka yang selalu Syukur yakni Memuji Allah dalam keadaan senang dan susah!” Maka bangkitlah mereka dan merekapun adalah sedikit, setelah itu diadakan hisab untuk semua manusia.

PERBAHASAN KELAPAN: PENGAJARAN DAN RAHSIA ALHAMDULILLAH

Terkandung didalam firman Allah ALHAMDULILLAH ini, beberapa pengajaran dan rahsia yang sangat berfaedah diantaranya:

Pengajaran pertama

Kalimah ALHAMDULILLAH ini membawa maksud bahawa Allah SWT terpuji sebelum dipuji oleh sesiapa yang memuji, sama ada dipuji atau tidak Allah tetap terpuji sejak azali sehinggalah selama-lamanya.

Pengajaran kedua

Berkata Imam Muhammad Ar-Rozi didalam tafsirnya bahawa perkataan ALHAMDULILLAH ada lapan huruf dan pintu-pintu syurga juga ada lapan, maka barangsiapa yang mengucapkan perkataan ALHAMDULILLAH dengan keikhlasan dan kebersihan hatinya maka dia layak memasuki kelapan-lapan pintu syurga diakhirat nanti.

(Disebutkan didalam Tafsir Fakhrur Rozi jilid 1 ms 225)

Pengajaran ketiga

Perkataan ALHAMDULILLAH menunjukkan bahawa seluruh puji-pujian dan syukur yang telah diucapkan oleh sesiapa sahaja samaada para Malaikat yang menjaga Arasy, para Malaikat yang menjaga Qursi Allah, seluruh penduduk langit dan bumi, seluruh Nabi-nabi dan Rasul-rasul sejak Nabi Adam sehinggalah Nabi Muhammad SAW, para Wali, Para Alim Ulama’ dan seluruh makhluk semuanya kembali kepada Allah. Sebagaimana hal ini dijelaskan dalam sepotong ayat, firmanNya dalam surah Al-Israa’ ayat 44:

Maksudnya: “Tujuh petala langit dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya, akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka sesungguhnya ia adalah Maha Penyabar lagi Maha Pengampun.”

Pengajaran keempat

Kita dapati kalimah ALHAMDULILLAH menunjukkan bahawa Allah memuji dirinya sendiri ketika membuka dan memulakan ucapan didalam kitabNya.

Ini menunjukkan bahawa hanya Allah sahaja yang layak dan boleh memuji diriNya sendiri, adapun selain Allah tidak diizinkan berbuat demikian bahkan ditegah oleh syara’ yang mana hal ini dijelaskan didalam sepotong ayat firman Allah dalam surah An-Najm ayat 32.

Maksudnya: “ Maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu. Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.”

Rasulullah SAW bersabda,

Maksudnya: Telah berkata Al-Mifdad ,aku dengar Rasulullah SAW bersabda: “lumurkan tanah dimuka orang yang memuji dirinya sendiri.”

(Riwayat Ahmad)

Pengajaran kelima

Berkata Imam Muhammad Ar-Rozi: Kalimah pertama yang diucapkan oleh Nabi Adam a.s ialah ALHAMDULILLAH, yakni apabila ruh sampai ke pusatnya.

MAKNA ROBB

Makna Robb ialah Al-Malik iaitu nama bagi yang menjadi raja pada hari kebangkitan dan perkataan yang menunjukkan bahawa Allah SWT bukan sahaja pencipta kepada alam tetapi allah juga adalah Robb kepada alam dengan makna menguasai, memiliki, mentadbir dan mengurus alam mengikut kehendakNya.

MAKNA AL-’ALAMIN

Makna Al-’Alamin iaitu semesta alam yang merangkumi jin, manusia dan malaikat.

Ulama’ berselisih pendapat dalam menghuraikan perkataan Al-’Alamin kepada beberapa tafsiran.

1- Berkata Ibnu ‘Abbas ra : Makna Al-’Alamin iaitu jin dan manusia, berdalilkan firman Allah dalam surah Al-Furqan maksudnya : “Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqan kepada hambanya (Muhammad) untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh jin dan manusia.”

2- Berkata Qatadah: Makna Al-’Alamin iaitu setiap yang wujud selain Allah ta’ala.

3- Berkata Al-Husin bin Al-fadhl: Makna Al-’Alamin iaitu generasi manusia setiap zaman adalah ‘alam.

4- Berkata Al-Farra’dan Abu Ubaidah: “Makna Al-’Alamin iaitu yang menunjukan atas ‘Alam yang memberikan pengertian kepada yang berakal dan yang berakal itu ada empat bangsa: manusia ,jin,malaikat dan syaitan.”

5- Berkata Wahab bin Munabbah: “Sesungguhnya Allah mempunyai lapan belas ribu ‘Alam dan dunia adalah salah satu darinya”

6- Berkata abu Sa’id Al-Khudri: “Sesungguhnya Allah mempunyai empat puluh ribu ‘Alam dan dunia daripada timur hingga ke barat baru satu ‘Alam.”

7- Berkata Muqatil: “Sesungguhnya Allah mempunyai lapan puluh ribu ‘Alam, empat puluh ribu ‘Alam di darat dan empat puluh ribu lagi di laut.”

8- Berkata Sa’id bin Musayyib: “Sesungguhnya Allah mempunyai seribu ‘alam, enam ratus ‘alam di laut dan empat ratus alam didarat.”

Kesimpulannya, berkata Imam Al-Qurtubi “Pendapat yang sohih ialah pendapat yang pertama kerana ia merangkumi semua makhluk yang wujud berdalilkan firman Allah dalan surah Asy-Syu`araa’ ayat 23 dan 24:

Maksudnya: “Firaun berkata (dengan sombongnya)Dan apa dia Tuhan sekalian alam itu?.Nabi Musa a.s menjawab “Dialah yang memiliki dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada diantara keduanya, kalaulah kamu mahu mendapat keyakinan dengan berdalil maka inilah jalannya.”

MAKNA WA BIHI

Makna WA BIHI iaitu hanya kepada Allah.

MAKNA NASTA`IN A’LA UMURID DUNNYA WADDIN

Makna NASTA`IN A’LA UMURID DUNNYA WADDIN iaitu kami meminta pertolongan atas beberapa perkara dunia dan agama.

MAKNA SOLAWAT

Solawat apabila di sandarkan kepada Allah maka ia merupakan RAHMAT dan apabila di sandarkan kepada Malaikat maka ia merupakan ISTIGHFAR dan apabiala di sandarkan kepada manusia, jin dan seluruh makhluk yang lainya maka ia merupakan DOA.

MAKNA SAYYID

Sayyid ialah ketua bagi sesuatu kaum atau orang yang banyak tenteranya atau orang yang menumpu manusia kepadanya ketika kesusahan atau orang yang mempunyai sifat lemah lembut dan tidak cepat kepada marah.

MAKNA MUHAMMAD

Makna Muhammad iaitu yang di puji dan Nabi Muhammad SAW ialah Nabi dan Rasul yang akhir,iaitu daripada bangsa ‘arab keturunan kuraiyhs tidak ada Nabi atau Rasul kemudian daripadanya,tiap-tiap seorang yang mengaku menjadi Nabi atau Rasul kemudian daripadanya maka itu adalah satu pendustaan yang sangat besar terhadap Rasulullah SAW.

Nabi Muhammad SAW ialah semulia-mulia Nabi dan syari’atnya menjadi syari’at kepada sekalian manusia hinggalah hari qiamat,

MAKNA NABI

Nabi ialah seorang manusia lelaki yang merdeka yang selamat daripada seorang ibu penzina dan selamat daripada seorang ayah yang hina martabatnya di wahyukan dengan ajaran dan tidak di syari’atkan untuk menyampaikanya, seperti Nabi Khaidir dan Nabi Sith dan lain-lainya.

MAKNA RASUL

Rasul ialah seorang manusia lelaki yang merdeka yang selamat daripada seorang ibu penzina dan selamat daripada seorang ayah yang hina martabatnya, di wahyukan dengan ajaran dan di syari’atkan untuk menyampaikannya, seperti 25 para rasul alaihimussola tuwassalam.

KELUARGA NABI: Mereka ialah daripada Bani Hashim dan Bani Mutalib.

MAKNA SAHABAT

Sahabat ialah mereka yang berkumpul dengan Rasulullah SAW dalam keadaan beriman setelah di angkat menjadi Rasul pada masa hidupnya dan hidupnya di atas muka bumi dan mati dalam keadaan beriman

MAKNA LAHAULA WALA QUWWATA ILLAH BILLAHIL ALIYYIL A’ZIM

Makna LAHAULA WALA QUWWATA ILLAH BILLAHIL ALIYYIL A’ZIM Iaitu tidak ada daya dan kekuatan kecuali hanyalah bagi Allah yang Maha Mulia dan Maha Agung.

RUKUN ISLAM: Rukun Islam itu ada lima.

1- Mengucap dua kalimah syahadah

Lafaznya: ASYHADU ALLA ILHA ILLALLAH . WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH

Maksudnya : aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang layak di sembah selain Allah

Dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah

2- Mendirikan solat fardhu lima waktu sehari semalam …termasuk solat juma’t

3- Mengeluarkan zakat apabila cukup haul dan nisabnya

HAUL iaitu: cukup pusingan satu tahun NISAB iaitu: cukup bilangan atau hitungan yang di tentukan oleh syara’

4- Puasa pada bulan Ramadhan. hanya di wajibkan setahun sekali dan bulan ramadhan adalah bulan yang ke Sembilan dalam tahun hijriyyah.. dan ia merupakan perhiasan bagi semua bulan dan bulan yang mempunyai kelibihan dan ketinggain yang mana kelibihan dan ketinggan tersebut tidak akan terdapat pada bulan-bulan yang lainya,

5- Mengerjakan haji di Baitullah sekali seumur hidup bagi orang yang mampu melaksanakannya.

RUKUN IMAN : Rukun Iman itu ada enam.

1- Beriman kepada Allah

Maksudnya: mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa allah SWT yang mencipta alam ini dan dialah tuhan yang berhak disembah dan ditunjukan segala pergantungan hidup dan kita tidak boleh memperhambakan diri dalam segala amalan dunia atau akhirat melainkan kerananya. seterusnya mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan seperti maha mendengar ,maha mengetahui ,maha pengasih ,maha pemurah,maha adil dan sebagainya

2- Beriman kepada para Rasul

Allah SWT mewajibkan atas setiap orang islam supaya beriman kepada semua Rasul yang telah di utuskan olehnya tanpa membeza-bezakan antara seorang Rasul dengan yang lain,yang mana hal ini di jelaskan oleh allah SWT dalam firmanya dalam surah al-baqarah ayat 285.

Maksudnya:kami tidak membeza-bezakan antara seseorangpun dengan yang lain daripada Rasul-Rasul-nya

JUMLAH PARA NABI

Menurut keterangan dalam riwayat oleh mardawih bahawa jumlah para Nabi ialah sebanyak 124.000 orang sementara yang menjadi Rasul sebanyak 313 orang sahaja.walau bagaimanapun ,jumlah yang sebenarnya hanya Allah SWT yang maha mengetahui

3- Beriman kepada para Malaikat

4- Beriman kepada Kitab-kitab

5- Beriman kepada hari Kiamat

6- Beriman kepada Qada’ dan Qadar,,

Makna Lailahaillah: Iaitu tidak ada yang di sembah secara haq di dalam wujudnya kecuali Allah.