Sahabat-sahabatku..

Wednesday, December 30, 2009

Oh Dunia..




Dunia oh dunia..
dunia yang mempunyai
pelbagai pengertian
Adakah dunia ini akan kekal?
Maka di situlah
akan tinbul persoalan akhirat
dunia yang ada akhirnya
Adakah dunia akan kekal?
maka di situlah
akan timbul kematian
pada manusia
Sebelum kematiam menjelang
sebelum kita meninggalkan dunia
masih ada kesempatan waktu
masih ada sisa waktu yang berbaki
untuk dikutip menjadi amal bakti
buat mengadap Tuhan yang satu
iaitu Allah!
Jangan berlengah lagi
Gunakan dunia untuk Akhirat
Akhirat yang mesti ditempuhi
samada ya atau tidak..


"Barangsiapa yang menjadikan dunia,cita-cita terbesarnya, maka tiadalah ia daripada Allah pada sesuatu.Dan Allah mengharuskan hatinya empat perkara:
1. Kesusahan yang tidak putus-putus selamanya.
2. Kesibukkan yang tidak pernah selesai selama-lamanya.
3. Kemiskinan yang tidak sampai kekayaan selama-lamanya.
4. Angan-angan yang tidak sampai kesudahan selama-lamanya."
(Riwayat At-Tabrani)

"Susah hati dengan dosa akan membawa keselamatan.
Susah hati dengan sebab dunia akan merosakkan.."

"Lupakan nikmat dunia yang sudah luput,
jangan susahkan hati dengan nikmat yang belum ada,
gunakanlah nikmat dunia yang dalam tangan
untuk kebajikan,agar hati tenang...."

"Susah hati dengan sebab dunia,
akan menghitamkan hati..
Susah hati dengan dosa,
akan memancarkan cahaya..."
(Kata-kata Hukamak)



No comments:

Post a Comment