Sahabat-sahabatku..

Sunday, July 3, 2011

KISAH KETUA GENG MUNAFIQ (ABDULLAH BIN UBAI)

4 tanda MUNAFIQ!!


Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “. Riwayat Ahmad
Munafik berasal dari perkataan “nafaqa” yang bermaksud “terbelah dua” iaitu tidak solid dan tidak jujur dengan Islam.

Setelah kematian Abdullah bin Ubair (ketua geng munafik), jenazahnya disembahyangkan Rasulullah s.a.w. walaupun Sayyidina Umar tidak bersetuju dengan tindakan Nabi. Nabi s.a.w. sembahyang kerana pada zahirnya dia Islam. Pada masa itu juga tiada larangan sembahyang ke atas munafik. Islam cuma mengambilkira apa yang zahir. Pada zahirnya Abdullah Bin Ubair sembahyang bersama Nabi, puasa dan turut sama pergi berperang. Jika Nabi tidak menyembahyangkan jenazahnya pula, orang akan mempersoalkan kenapa baginda tidak sembahyang jenazah umatnya.
Hadis Ibnu Umar r.a katanya:Ketika Abdullah bin Ubai bin Salul meninggal dunia, datang anaknya Abdullah bin Abdullah menemui Rasulullah s.a.w, meminta pakaian Rasulullah s.a.w untuk mengapani jenazah ayahnya. Rasulullah s.a.w memenuhi permintaan tersebut, kemudian beliau meminta Rasulullah s.a.w menyembahyangkan jenazah ayahnya. Maka Rasulullah s.a.w berdiri untuk memenuhi permintaan itu.
Umar berdiri serta menarik baju Rasulullah s.a.w sambil berkata: Wahai Rasulullah! Adakah kamu ingin menyembahyanginya, tidakkah Allah melarang dari berbuat begitu?
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah memberi pilihan kepadaku. Allah telah berfirman:اسْتَغْفِرْ لَهُمْ أَوْ لَا تَسْتَغْفِرْ لَهُمْ إِنْ تَسْتَغْفِرْ لَهُمْ سَبْعِيْنَ مَرَّةً Yang bermaksud: Kamu mintalah keampunan untuk mereka atau tidak minta keampunan untuk mereka, sekirannya kamu meminta keampunan untuk mereka sebanyak tujuh puluh kali, aku akan menambahnya tujuh puluh kali.
Umar berkata: Abdullah itu orang munafik. Rasulullah s.a.w tetap menyembahyangi jenazah tersebut.
Oleh sebab itulah Allah menurunkan ayat:وَلَا تُصَلِّ عَلَى أَحَدٍ مِنْهُمْ مَاتَ أَبَدًا وَلَا تَقُمْ عَلَى قَبْرِهِ Yang bermaksud: Dan janganlah kamu sembahyang jenazah ke atas orang munafik yang mati di antara mereka dan janganlah kamu berdiri di atas kuburnya.
Tentang soal hati, serahlah kepada Allah yang tahu zahir dan batin, yang akan check hati mereka dan balas di hari Kiamat:
Al-Jumah [8] ……kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).
Dihari kiamat semua akan didedahkan, termasuk yang di dalam dada:
Al-A’diyat [10] Dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam dalam dada?[11] Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang (balasan yang diberikanNya kepada) mereka pada hari itu
Setelah Nabi mengetahui bahawa Abdullah Bin Ubair adalah seorang munafik, Baginda membuang baju yang pernah dihadiahkan oleh Abdullah kepada bapa saudaranya iaitu Abbas. Baju itu dihadiahkan selepas tamat peperangan kerana saiz badan Abdullah dan bapa saudara nabi (Abbas) adalah sama. Nabi membuang baju itu ke dalam kubur Abdullah kerana tidak mahu ada sebarang kebaikan Abdullah tinggal setelah kematiannya.
Nabi s.a.w. sembahyang kerana pada zahirnya dia Islam. Pada masa itu juga tiada larangan sembahyang ke atas munafik, sehinggalah turun ayat:
At-Taubah [84] Dan janganlah engkau sembahyangkan seorang pun yang mati dari orang-orang munafik itu selama-lamanya dan janganlah engkau berada di (tepi) kuburnya, kerana sesungguhnya mereka telah kufur
kepada Allah dan RasulNya dan mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka)

7 comments:

  1. abdullah bin zubair anak kepada asma' binti abu bakar. tak mungkin dia ketua geng munafiq.

    berhati2 jangan menyebar ralat

    ReplyDelete
  2. Mohon diperbetulkan, bukan Abdullah bin Zubair, tetapi Abdullah bin Ubai.

    ReplyDelete
  3. Tajuknya kan MEMANG BETUL "ABDULLAH BIN UBAI". Cuma dalam penjelasannya silap taip TERTAMBAH "r" ! Tu aje!!! Mukmin saja yang bersaudara Dan ingat mengingatkan.

    ReplyDelete