Sahabat-sahabatku..

Sunday, February 14, 2010

Jom baca sama-sama...


Salam A'laik...dah lama ana x update blog..Semenjak akhir-akhir ni banyak pula kertas kerja suami nak disiapkan..untuk khutbah jumaat, untuk Maulidur Rasul... dan banyaklah lagi..ramai juga sahabat-sahabat yang menghantar email tapi tidak sempat nak balas..online tp x berbalas..oklah inilah hasil kerja yang ana buat dan mengikuti kelas suami..ini baru Mukaddimahnye...banyak juga dalam 10 page..rajin-rajinlah membacanya..banyak manfaat yang kita dapat,Mudah-mudahan kita dapat mengamalkannya..

BISMILLAHIRROHMANIRROHIM

PENGAJIAN ILMU FEQAH DENGAN MENDALAM.

NAMA KITAB ;SAFINATUN NAJAH (Bahtera Yang Berjaya) oleh usaz ali bin omar al-hafiz ai=yamani

KARANGAN: SYEIKH SALIM BIN SAMIR AL-HADRAMI (Ulama Hadramaut)

PERBAHASAN PERTAMA: MENGAPAKAH KITAB INI DIMULAI DENGAN BISMILLAH?

Kitab ini dimulakan dengan Bismillahirrohmanirrohim kerana terdiri daripada 2 sebab :-

1. Kerana beliau mengikuti jejak langkah al-quran,kerana al-quran dimulai dengan Bismillahirrohmanirrohim.

2. Mengamalkan kalam nabi Muhammad SAW.

Rasulullah SAW bersabda: “Setiap perkara yang dipenting oleh agama yang tidak dimulai dengan Bismillahirrohmanirrohim maka terputus (maksud terputus di sini ialah terputus daripada barakah)”.

PERBAHASAN KEDUA: HUKUM BISMILLAH

Hukum bismillah ada 5 :-

1. Wajib -Seperti membaca al-fatihah didalam solat

2. Haram- Seperti berzina, berliwat, berjudi, minum arak, mencuri, merokok.

3. Sunnah- Pada setiap perkara yang dipentingkan oleh agama. (seperti mengarang kitab, mengambil air sembahyang,mandi dan berjima’.

4. Makruh- Pada setiap perkara yang dimakruhkan seperti melihat kemaluan isteri tanpa hajat, makan bawang yang belum masak dan lain-lain

5. Harus- Seperti memindahkan barang dari tempat ke tempat yang lain.

PERBAHASAN KETIGA : SEJARAH TURUNNYA BISMILLAH DAN NABI-NABI YANG MENGGUNAKANNYA

Bismillah merupakan sebuah kalimat sakti yang diturunkan Allah kepada manusia dengan perantaran Rasul-Nya agar digunakan bagi keselamatan dan keamanan hambaNya. Sejarah turunya disebutkan didalam Al-quran dan hadis nabi Muhammad SAW . kalimah BISMILLAH belum dijumpai pada masa nabi Adam hingga ke nabi Idris. Nabi Adam hanya menggunakan kalimah “ mohon ampun dan kasih sayang Allah ” saat ia terpengaruh dengan godaan iblis yang menyebabkan ia dan hawa harus keluar dari syurga. Maka dari itu mereka harus berjuang dengan keimanan dan ketaqwaan agar kelak dapat kembali ke Syurga.

Nabi Nuh hampir seribu tahun berjuang mengajak kaumnya untuk bertuhankan Allah sahaja, tapi hanya sebahagian kecil yang bersedia mengikuti ajakannya. Sebahagian besar menolak dan menentangnya, sehingga dating keputusan Tuhan untuk menenggelamkan mereka dalam suatu banji besar. Nabi Nuh diajari Allah membuat sebuah kapal yang besar untuk menyelamatkan dirinya, para pengikutnya, dan sejumlah binatang dengan berpasang-pasangan. Nabi Nuh diajari pula mengucapkan “BISMILLAH”, pada saat hendak berlaya dan berlabuh. Dengan mengucapkan kalimah yang sangat sederhana itu mereka berlayar dan berlabuh dengan selamat.

“ Dan Nuh berkata, ‘Naiklah kamu sekalian ke dalamnya dengan menyebut nama Allah di waktu belayar dan berlabuhnya(BISMILLAHI MAJREHAA WA MURSAAHAA).”

(huud, 11:41)

Nabi Sulaiman, anak nabi Daud, diberikan Allah senjata yang sangat ampuh, iaitu “Bismillahirrohmanirrohim”. Bila kita telusuri Al-Quran (surah An-Naml ayat 29 sampai 31),akan kita jumpai kisah Ratu Balqis atau Ratu Balqan yang menerima surat dari Nabi Sulaiman. Bunyinya :

“…Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,jangan kamu berserah diri.”

(An-Naml,27: 30-31)

Ratu Balqan yang kerajaannya bersifat demokratis meminta pendapat para pembesar dan perwakilan rakyatnya. Mereka menyatakan bahawa tentera telah siap bertempur. Lalu Ratu mengatakan bahawa bila mereka menyerbu, tentera mereka akan merajalela dan berbuat sesuka hati terhadap penduduk negeri yang mereka serbu. Akhirnya Ratu memutuskan untuk mengirim utusan terlebih ahulu kepada Raja Sulaiman. Kerana utusannya ditolak, maka Ratu bersama pengiringnya dating ke Istana Raja Sulaiman.

Mereka belum tiba saat Nabi Sulaiman telah memindahkan Istana Ratu Balqis ke Palestina. Istana Nabi Sulaiman demikian indahnya; lantainya begitu halus dab berkilat sehingga Ratu Balqis mengangkat kainnya sebab takut akan basah kerana ia mengira berjalan di lantai yang bergenang air.

Berkat BISMILLAH Sulaiman, Ratu Balqis dating kepadanya dengan damai. Kalimah “BISMILLAHIRROHMANIRROHIM” pada masa itu hanya diturunkan Allah kepada Nabi Sulaiman sahaja, tidak kepada pengikutnya bahkan puteranya sendiri. Para Nabi, semenjak Nabi Nuh,Nabi Hud,Nabi Saleh, Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Ya’kub, Nabi Yusuf, Nabi Syu’aib, Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Ilyasa’, Nabi Luth, Nabi Ayyub sampai Nabi Daud,semuanya menggunakan kalimah “BISMILLAH” sahaja. Begitu pula para nabi sesudah Nabi Sulaiman, seperti Nabi Zakaria, Nabi Yahya, dan Nabi Isa. Sebelum kenabian Muhammad, nama Allah SWT masih diingat oleh masyarakat Timur Tengah, lebih-lebih oleh masyarakat Yahudi, Nasrani, dan bangsa Arab keturunan Nabi Ismail. Hanya saja, keharusan mengesakan Allah itu sudah ditinggalkan. Kemudian Nabi Muhammad SAW ditugaskan untuk mengingatkan umat manusia kembali ke jalan yang lurus.

Pada suatu malam yang kudus, malam yang sunyi sepi, diterangi bintang-bintang, tidak ada angin, tidak ada awan, lautan tenang,binatang-binatang sunyi dalam keheningan, syaitan-syaitan diredam dari langit, turunlah malaikat Jibril ke Gua Hira’ membawakan wahyu Ilahi kepada Nabi Muhammad SAW. Wahyu Allah yan pertama itu berbunyi :

“ Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Menciptakan.”

Yang dimaksudkan dangan nama Tuhan di sini ialah Allah. Jadi iqra’ bismirabbika, atau “bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu”, bererti pula “bacalah dengan Asma Allah”,atau “bacalah Bismillah”, atau “bacalah BISMILLAHIL LAZHI KHALAQ”, atau “bacalah dengan nama tuhanmu yang maha pencipta.”

Seperti yang di sebut di dalam surah AL-A’LAQ ayat 1 hingga 5 adalah:

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan(1) Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.(2) Bacalah, dan tuhanmulah Yang Paling Pemurah,(3) yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam(4). Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.(5)

(Al-a’laq , 96:1-5)

Sejak saat itu, Nabi Muhammad SAW diminta Allah untuk membaca atau memperhatikan segala sesuatu dengan menggunakan “BISMILLAH”. Disamping itu , Nabi Muhammad SAW juga diminta mengucapkan “BISMILLAH” untuk mengetahui apa yang belum diketahui, dan diminta pula untuk belajar tulis dan baca dengan kalam. Bagi kita hal ini bererti bahawa kita diminta mempelajari kejadian manusia, alam, dan apa-apa yang belum diketahui. Mari bangkitkan kemampuan tulis baca dengan menggunakan nama Allah. Pengalaman pertama menerima wahyu Ilahi itu merupakan pengalaman luar biasa; di suatu malam yang sunyi jauh dari keramaian, menghadapi suasana yang begitu menakutkan. Selesai menerima Wahyu Ilahi itu,Nabi Muhammad SAW masih ketakutan. Ia pulang malam itu juga dan langsung mencari selimut kerana masih menggigil kedinginan dan ketakutan.

Untuk menghilangkan perasaan takut yang mencekam itu, Allah mengilhamkan kepada Nabi Muhammad SAW suatu penjelasan (bayan)dari salah satu keistimewaan “BISMILLAH”. Hadis tersebut ialah:

“Bismillah, yang dengan namaNya tiada kemuharatan baik di bumi maupun dari langit. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahi.”

Dari hadis di atas nampaklah bahawa “BISMILLAH” itu memberi jaminan keamanan terhadap segala kemudharatan, baik yang datang dari bumi maupun yang turun dari langit.sungguh besar jaminan yang diberikan Allah melalui namaNya kepada Nabi Muhammad SAW.

Allah mengajarkan, melalui Jibril, kepada Nabi Muhammad SAW untuk membaca “BISMILLAH” dengan mengingat Allah, Tuhannya. Jelasnya, ingat duli bahawa Allah itu tuhan kita, baru diucapkan “BISMILLAH”, atau lengkapnya “BISMILLAHIRROHMANIRROHIM”. Mengingat Allah sebagai tuhan kita, bererti membuka jalur penghubung antara kita dengan Allah. Allah akan mengingat setiap kali hambaNya mengingat Dia dan Allah siap mendampingi hambaNya yang mengingat Dia. Dengan mengingat Allah lebih dahulu bererti kita membuka pintu untuk memasuki alam yang lebih mulia dan lebih tinggi, iaitu alam ketuhanan.

Kalimt “BISMILLAH” pertama kali diturunkan kepada Nabi Nuh,sekitar 12 000 tahun sebelum Nabi Muhammad SAW. Kalimah itu hanya “BISMILLAH” sahaja. Walaupun kalimah ini sangat sederhana, namun jangkauannya sangat luas dan ertinya sangat mendalam. Nabi Hud,Nabi Saleh, Nabi Ibrahim, Nabi Luth, Nabi Ismai, Nabi Ishaq, Nabi Ya’kub, Nabi Yusuf, Nabi Syu’aib, Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Daud, Nabi Ayyub, Nabi Zakaria, Nabi Yahya, dan Nabi Isa dan para pengikut mereka juga memakai kalimah “BISMILLAH”. Hanya Nabi Sulaiman dan Nabi Muhammad SAW yang selain menggunakan “BISMILLAH” juga memakai kalimah yang lebih lengkap, iaitu “BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM..”

PERBAHASAN KEEMPAT: KEHEBATAN BISMILLAH

Kehebatan Bismillah yang pertama

Rasulullah SAW bersabda:- “Bahawasanya Allah SWT menghiasi langit dengan kawakib yakni (Matahari, bulan dan bintang),dan menghiasi segala malaikat dengan malaikat jibril,dan menghiasi segala tingkatan syurga dengan anak bidadari dan mahligai,dan menghiasi segala para Nabi dengan Nabi Muhammad SAW,dan menghiasi segala hari dengan hari jumaat, dan menghiasi segala malam dengan malam al-Qadr,dan menghiasi segala bulan dengan bulan ramadhan,dan menghiasi segala masjid dengan kaabah, dan menghiasi segala kitab dengan Al-Quran, dan menghiasi Al-Quran dengan Bismillahirrohmanirrohim”. Inilah di hias, sepuluh perkara dengan sepuluh perkara.

Kehebatan bismillah yang kedua

Bahawasanya Allah SWT itu mempunyai 3000 nama, 1000 nama hanya diketahui oleh Allah dan para malaikat sahaja, dan 1000 nama diketahui oleh para nabi sahaja, 300 nama disebut didalam kitab Taurat,300 nama disebut didalam kitab zabur, 300 nama disebut didalam kitab injil, 99 nama disebut didalam al-Quran,dan 1 nama lagi hanya Allah SWT yang mengetahui.

kata sesetengah ulama’ : satu nama itu tersebut didalam suhuf Nabi Ibrahim a.s dan makna 3000 nama itu terkandung dan terkumpul di dalam 3 nama ini iaitu.

1. Bismillah

2. Ar-Rahman

3. Ar-Rahim

Maka barangsiapa yang mengetahui akan tiga nama itu dan membacanya seolah-olah seperti ia menyebut seluruh nama-nama Allah SWT.

Kehebatan bismillah yang ketiga

Bahawasanya segala makna kitab-kitab yang turun dari langit terhimpun pada Al-Quran dan segala makna Al-Quran terkandung didalam Al-Fatihah, segala makna al-Fatihah itu terhimpun pada bismillah dan segala bismillah itu terletak pada huruf ba

PERBAHASAN KELIMA: RAHSIA DAN HIKMAH BISMILLAH

1. Rasulullah s.a.w bersabda:- “Tiada daripada seorang hamba yang membaca bismillahirrohmanirrohim melainkan hancurnya syaitan seperti hancurnya timah diatas api”.

2. Rasulullah s.a.w bersabda:- “ Barangsiapa yang membaca bismillahirrohmanirrohim nescaya Allah akan ampunkan dosanya yang terdahulu”.

3. Rasulullah s.a.w bersabda:- “Barangsiapa membaca bismillahirrohmanirrohim ditulis namanya daripada kalangan orang-orang yang benar pada taatnya dan dilepaskan daripada sifat kufur dan nifaq(kafir dan munafiq)”.

4. FAEDAH Barangsiapa yang membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur nescaya Allah SWT memelihara dia pada malam itu daripada kejahatan syaitan, jin dan manusia, daripada kecurian, berlakunya kebakaran, mati terkejut dan menolak daripada bala bencana. InsyaAllah dengan berkatnya.

5. Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seseorang itu duduk di dalam suatu majlis dengan membaca Bismillahirrohmanirrohim wasallahohu a’la saiyidina Muhammad wa a’laihi wasohbihi wasallam, maka Allah SWT mewakilkan malaikat yang akan mencegah segala umpatan manusia terhadap kamu.”

6. Rasulullah SAW bersabda,”Apabila kamu hendak berdiri daripada suatu majlis dengan membaca Bismillahirrohmanirrohim wasallahohu a’la saiyidina Muhammad wa a’laihi wasohbihi wasallam, maka ditegah oleh malaikat akan umpatan manusia terhadap kamu.”

7. Daripada Ibnu Abbas ra berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “ Barangsiapa membaca Bismillahirrohmanirrohim wala haula wala quwwata illa billahil a’liyyil a’zhim, maka Allah SWT tutup untuknya 70 pintu bala’ dukacita dan kesusahan.”

8. Sabda Rasulullah SAW “ Barangsiapa yang membaca di waktu pagi BISMILLAHILLAZHI LA YADHURRU MAA’SMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAI’ WAHU WAS SAMI’ UN ALIM tiga kali nescaya dia tidak akan ditimpa oleh sebarang bencana dengan secara mengejut sehinggalah masuk waktu petang dan barangsiapa yang membaca di waktu petang tiga kali nescaya dia tidak akan ditimpa oleh sebarang bencana dengan secara mengejut sehinggalah masuk waktu subuh.”

9. Sabda Rasulullah SAW “Barangsiapa yang menyebut Bismillah dengan banyak didalam suatu maksud (hajat) khusus untuk mendatangkan rezeki nescaya diberi rezeki oleh Allah dengan mudah dan tidak disangka-sangka dan diberi kurnia kehebatan di hati manusia dan disisi alam yang tinggi (malaikat) dan alam yang rendah (manusia,haiwan dan lain-lain).”

10. Sabda Rasulullah SAW “Barangsiapa yang membaca Bismillah sebanyak 100 kali dari setiap penyakit atau orang yang kena sihir 7 hari berturut-turut atau lebih nescaya Allah SWT menghilangkan penyakit dan sihir itu.”

11. Sabda Rasulullah SAW “ Barangsiapa yang membaca Bismillah dihadapan muka orang yang zolim atau hakim yang menyeleweng sebanyak 50 kali, mereka akan tunduk kepadanya dan merendah diri dan masuklah rasa takut dalam hatinya dan timbul kehebatan atas diri pembacanya dan amanlah dia dari segala macam kejahatan mereka.”

12. Dalam hadis riwayat Muslim diterangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya syaitan menganggap halal makanan yang tidak disebutkan nama Allah padanya.”

13. Sabda Rasulullah SAW “ BISMILLAHIRROHMANIRROHIM adalah pembuka setiap kitab.”

14. Sabda Rasulullah SAW “ Barangsiapa ingin diselamatkan Allah dari malaikat Zabaniah yang berjumlah Sembilan belas, hendaklah ia membaca BISMILLAHIRROHMANIRROHIM Allah akan jadikan setiap hurufnya perisai untuk setiap malaikat Zabaniah.”

15. Sabda Rasulullah SAW “Demi keagungan dan kemuliaan Allah SWT,tidaklah digunakan namanya atas sesuatu kecuali diberikan barakah padanya.”

16. Sabda Rasulullah SAW, “Adalah Jibril apabila datang kepadaku pertama yang diberikan kepadaku “BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM”

PERBAHASAN KEENAM: KISAH TENTANG BERKAT BISMILLAH

KISAH PERTAMA: TENTANG SYAITAN GEMUK DAN SYAITAN KURUS

Disebut pada suatu hikayat maka telah bertemu dua ekor syaitan gemuk dan syaitan kurus,maka terjadi lah soal jawab diantara keduanya,bermulalah perbualan mereka,

Syaitan gemuk bertanya kepada syaitan kurus “ Kenapakah engkau kurus?”

Lalu berkata syaitan kurus kepada syaitan gemuk “Aku selalu bersama seorang lelaki yang sering membaca Bismillah ketika keluar dan masuk rumah,makan dan minum lalu aku lari daripadanya oleh sebab ucapan Bismillah, maka aku menjadi kurus seperti ini”

Kemudian ditanya pula syaitan kurus kepada syaitan gemuk. “Kenapakah engkau gemuk?”

Lalu syaitan gemuk berkata kepada syaitan kurus “Bahawa aku slalu bersama seorang lelaki yang tidak membaca Bismillah ketika keluar dan masuk rumah,ketika makan dan minium maka aku bersamanya ketika makan dan minum itu dan aku naik keatas tengkuknya mengenderai dia seperti binatang.”

KISAH KEDUA: TENTANG SEORANG HAMBA MEMBERI RACUN KEPADA TUANNYA.

Juga ada disebutkan bahawa Abu Muslim Al-Khailani mempunyai seorang hamba wanita yang memberi racun kepadanya dan racun itu tidak memberi apa-apa mudharat kepadanya. Setelah beberapa lama,hamba wanita itu bertanyakan kepada tuannya tentang racun yang diberi minum kepada tuannya,setelah sekian lama melihat tuannya sihat seperi biasa tanpa meninggalkan kesan racun itu terhadap tuannya.

Lalu tuannya bertanya “ Mengapakah engkau memberi racun kepadaku dan apa yang mendorongmu melakukan perbuatan seperti itu?”

maka hamba itu menjawab“Bahawa engkau diracun kerana engkau sudah tua dan engkau tidak mahu merdekakan aku”

Setelah itu berkatalah tuannya “Bahawa aku mengamalkan membaca Bismillahirrohmanirrohim setiap kali aku makan dan minum”

Maka racun itu tidak memberi kesan juga mudharat pada tubuh badan Abu Muslim Al-Khailani kerana dengan berkat Bismillah. Setelah daripada itu Abu Muslim Al-Khailani memerdekakan hambanya .

KISAH KETIGA:TENTANG SEORANG ISTERI YANG SUKA MEMULAI PEKERJAANNYA DENGAN BISMILLAH

Kisah ini diceritakan di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin di tulis oleh Imam Al-Ghazali. Yang mana isteri itu suka membaca Bismillahirrohmanirrohim sehinga suaminya itu tidak suka dengan cara isterinya yang selalu membaca Bismillah di awal pekerjaannya.

Kemudian pada hari kelahiran isterinya,suaminya itu memberikan hadiah dengan meletakkan isi kandungan hadiah itu dengan seekor lipan didalam satu bekas . Si suami tadi dengan senang hati memberikan hadiah itu kepada isterinya.Lalu isterinya menerima hadiah itu dengan membaca Bismillahirrohmanirrohim dan di ambil dalam bekas itupun dengan membaca BISMILLAHIRROHMANIRROHIM.. Subhanallah…! Dari lipan Allah SWT tukaran jadi kepada seketul emas dengan berkat membaca Bismillah,dan alangkah terkejutnya si suami itu tadi, dan akhirnya suami itu pun mengamalkan membaca Bismillah.

Kata saidina Ali: “ jika aku menghuraikan Bismillah, maka tidak akan termampu 70 ekor unta untuk menjinjing huraian itu.”


1 comment: