Sahabat-sahabatku..

Wednesday, October 24, 2012

Indah khabar dari Rupa

Bismillahirrohmanirrohim..

Allah..Allah..Allah..
Banyak perkara dalam hidup ini tidak dijangka oleh pandangan mata tetapi bila duduk dalam keadaan dan suasana yang dilihat indah baru kita tahu sngguh dugaan demi dugaan dilalui.."indah mata memandang..tetapi berat bahu yang memikul(istilah baru)..

Ya sememangnya indah kabar dari rupa.. (perkataan itu dah berdesing acap kali bila disebut2)..hmm..
jangan menilai manusia melalui pandangan mata..tetapi cuba selami setiap hati dr penghuni2.. apa yang kamu tahu? satu pun kamu tidak memahami apa yg dilalui.. usah dibanding2kan..usah diaibkan..usah diceritakan sekali pun kamu tiada rahsia.. mulut manusia ni bukan mudah ditutup..kalau boleh ditambah-tambah lagi kekeruhan itu.. hati yang terkilan bertambah-tambah luka.. ada sahaja cerita dan berita yang tidak enak didengari .. ada perkara yang menjadi kewajipan dirahsiakan perlu dirahsiakan untuk kebaikkan.. semua keaiban dapat dipelihara.. hmm..biarlah Allah menilai stiap hati hamba2Nya.. (sudah puas memujuk hati)

anak-anak suci bersih.. indah luaran,dan dalaman..mereka masih ahli syurga  yang  belum mengenal  erti kehidupan..  belum tahu apa itu ujian, masih bertatih2 utk mengenal alam sekeliling.. .belum pndai menilai orang lain.. keluar dari rahim yg cukup sempurna penciptaannya tnpa noda dan dosa..

hakikatnya kisah ini sudah berlalu pergi... namun hati yang luka belum mampu diubati..
mungkin kali ini dan akan datang untuk belajar lebih berhati2 dalam berbicara dengan sesiapapun (apatah lg yg baru)..biarlah banyak manapun aib yang mahu ditabur itu sampai ke ceruk manapun ..daku pasrah kpd Empunya ketentuan.. Dia lebih taahu apa yang terbaik untukku dan keluarga..

untuk lebih kenal hakikat sifat manusia itu sering sahaja berubah-rubah.. tiada yang hakiki..
ya ..hidup ini bukan tentang kamu sahaja..tetapi perjalanan hidup ini berangkai..tentang kamu,kami,aku dia dan semua..musibah dan kesenangan itu akan silih berganti..tetapi untuk ulanginya kesilapan yang lalu..tidak sesekali..!
setiap hari,setiap saat..persoalan2 datang tanpa jemu.. jauh diri memikirkan.. muhasabah,tafakur akan stiap apa yg berlaku.. Allah.. kadang-kadang air mata peneman diri utk kekuatan yang akan datang.. siapa sangka.. hati yang sudah direnyuk2 payah utk kembali baru pasti ada bekas2 renyukkan,,

Ya setiap manusia itu berbeza2.. terkadang faham mereka lain dan faham kita lain..sudah semuanya jadi macam cacamarba..bertambah lagi campur tangan orang lain semuanya jadi bertmbah rumit.. sebenarnya apa dan siapa yang mahu diperbetulkan? begitulah nasib mulut jika tidak dikawal ..semua mahu dihamburkan..akhirnya semua kekeliruan ditambah kerumitan..????

"Apalah yang dimonologkan diriku ini? terlalu banyak persoalan yang berlegar2?berfikir sedalam2nya .." akhirnya al-quran juga yang daku capai dalam kekusutan yang x berpenghujung..p/s: usah mudah menilai manusia..stiap perkara tentang perihal manusia itu adalah dalam perhatianNya.. setiap hati manusia itu dalam genggaman Allah dialah yang membolak balikkanya ..dan Dialah jua mewujudkan ketenangan hati bg hamba2 yang tetap dalam kesabaran-- (-___-) natijah dan hikmahNya dapat dirasakan untuk lebih mengenal diri dan sejauh maana diri kita..walhasil Allah lebih mengetahui..




1 comment: