Sahabat-sahabatku..

Friday, October 19, 2012

HATI YANG RAPUH..

Bismillahirrohmanirrohim..

Didalam saat waktu berlalu..hamparan ini biar sepi berdebu tanpa kata2 dan semangat yg baru..Namun banyak perkara telah berubah..Banyak perkara telah berlaku.. Banyak jiwa meruntun lemah.. dan semuanya mengajar untuk lebih tabah, lebih berhati-hati, lebih berdiam dari berkata-kata..

Kerana saat ketika hidup ini akan diduga, diuji tanpa mempedulikan siapa pun kita.. saat ikhlas pasti diuji dengan pelbagai untuk pasti tentang ihklas..untuk tahu erti tabah.. untuk dekat dengan sabar.. untuk lebih dengan redho..mujahadah itu serangkai dalam setiap jiwa .. saling berlawanan erti mujahadah dalam mengendali mazmumah kepada mahmudah.. semuanya perlu usaha tanpa lelah atau jemu.. yang pasti dosa dan pahala itu tetap akan dicatit..dan Nilaian terbesar itu adalah dariNya..

Saat ketika hati meruntun sayu.."Aku lemaahh Ya Allah mengelola hatiku sndiri dengan bisikan nafsu dan syaitan.. peritnya mujahadah ini.. anugerahkan hatiku dengan cahayaMu Ya Allah.." mengalir laju air jernih tanda lemah dariku sebagai hamba kepada yang mencipta hati ini.. "Apatah lagi ada sekelumit benci didalam hati ini..." air jernih terus menerus meratapi "apakah perasaan ini ya Allah" mengapakah bisikan2 negatif terus menerus bermain di gegendang hati ini.. " Aku tidak mahu yg lain drMu .. buanglah segala kekotoran dihatiku.. aku benci kekotoran itu.. mengapakah ia hadir?.."terus2an bermonolog denganMu..

Ketika bersengkang dengan mazmumah lahir dari suatu sudut bisikan2 cahya..  "jadilah kamu orang yang dicintai Allah.. mereka yang SABAR, mereka yang dicintai Allah..dicintai Allah"... Allah.. sungguh syahdu kata-kata itu kesejukkan itu datang buat hati yang rawan itu setenang2nya...

Lembaran2 firmanNya dihayati dengan penuh perhatian.. tiada lagi fikiran atau bisikan yang durjana itu menghantui fikiran dan hati..kerana Isi AL-QURAN itu adalah sebaik2 penghibur dan cahaya2 yang kubiar menjadi peneman terbaik buat diriku..







No comments:

Post a Comment